22 Jul 2025

Pameran Replika Struktur Telekomunikasi Intelligent Pole oleh TCOMM dan CCE

Pameran Replika Struktur Telekomunikasi Intelligent Pole oleh TCOMM dan CCE

Satu sesi penyaksian replika struktur Intelligent Pole (IP) telah diadakan di perkarangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sebagai gambaran awal terhadap reka bentuk dan konsep IP yang akan digunakan dalam pelaksanaan projek rintis.

TCOMM dan Colla Connecting Edge (CCE) telah bekerjasama untuk mempamerkan Intelligent Pole — tiang jalan moden yang pelbagai fungsi, mengintegrasikan infrastruktur telekomunikasi, penderia bandar pintar, dan utiliti awam dalam satu struktur yang kompak dan estetik.

Pratonton ini membolehkan wakil pihak berkuasa tempatan dan pemegang kepentingan utama menilai reka bentuk tiang dan memberikan input sebelum pelancaran penuh projek rintis di Bandar Kuala Terengganu.