Gentian optik merentas mukim & daerah
Tulang belakang gentian optik dihubungkan ke seluruh negeri ke arah penyelesaian internet 5G.
Profil Syarikat
"Spearheading Communication Transformation."
Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) negeri, 100% milik Menteri Besar Terengganu — dilantik untuk memantau, menyelaras dan menerajui pembangunan infrastruktur telekomunikasi serta pendigitalan di seluruh negeri.
Latar Belakang
Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. (TCOMM) merupakan Agensi Sehenti (One Stop Agency, OSA) bagi negeri Terengganu yang dilantik oleh Menteri Besar Terengganu untuk memantau dan menyelaras pembangunan infrastruktur telekomunikasi di negeri Terengganu, selaras dengan garis panduan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sebahagian daripada peranan kami juga adalah memberikan khidmat nasihat serta pandangan strategik kepada Kerajaan Negeri Terengganu berkaitan pembangunan infrastruktur dan pendigitalan.
Sebagai sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) negeri, teras perniagaan kami adalah memastikan setiap permohonan pendaftaran dan pembaharuan permit infrastruktur telekomunikasi diselaraskan melalui TCOMM sebelum dikemukakan kepada PBT untuk pertimbangan dan kelulusan. Kami berurusan dengan semua Penyedia Perkhidmatan Rangkaian (NSP) dan Penyedia Kemudahan Rangkaian (NFP) di seluruh negeri Terengganu.
Satu pintu antara industri dan Pihak Berkuasa Tempatan — bagi setiap meter gentian dan setiap menara di Terengganu.
Teras Pembangunan
Daripada gentian optik hingga menara pintar dan pusat data — infrastruktur fizikal yang menjadi tulang belakang Negeri Digital Terengganu.
Tulang belakang gentian optik dihubungkan ke seluruh negeri ke arah penyelesaian internet 5G.
Menara dan tiang pintar bersepadu yang sedia masa hadapan sebagai infrastruktur rangkaian negeri.
Kemudahan pusat data yang menyokong perkhidmatan digital dan pendigitalan negeri Terengganu.
Visi
Menjadi syarikat pembangunan teknologi pendigitalan terbaik dalam menerajui transformasi digital negeri Terengganu.
Sebagai Agensi Sehenti (OSA), TCOMM menyelaras pembangunan infrastruktur telekomunikasi antara industri dan Pihak Berkuasa Tempatan.
"Spearheading Communication Transformation."
Teruskan ke MisiMisi
"Empat teras yang menggerakkan misi TCOMM ke arah Negeri Digital Terengganu."
Menjadi penghubung yang dipercayai serta pemudah komunikasi terbaik antara industri, masyarakat, mesin, peranti dan teknologi digital.
Menjadi satu-satunya badan berautoriti yang bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan dalam pembangunan infrastruktur telekomunikasi dan pendigitalan di negeri Terengganu.
Menerajui pembangunan dan penggunaan teknologi fiberisasi ke arah penyelesaian internet berasaskan teknologi 5G.
Menjadi peneraju pembangunan Negeri Digital di Terengganu.
Nilai Korporat
Keahlian
Maklumat Syarikat