09 Jul 2025

Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Projek Rintis Struktur Telekomunikasi Intelligent Pole (IP) di Bandar Kuala Terengganu

Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Projek Rintis Struktur Telekomunikasi Intelligent Pole (IP) di Bandar Kuala Terengganu

Mesyuarat penyelarasan bagi pelaksanaan projek rintis struktur telekomunikasi Intelligent Pole (IP) di Bandar Kuala Terengganu telah diadakan dengan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Bahagian Kerajaan Tempatan Terengganu dan diurus oleh TCOMM.

Mesyuarat ini menghimpunkan wakil-wakil daripada pihak berkuasa tempatan, pengendali telekomunikasi, dan agensi kerajaan berkaitan untuk selaraskan jadual pelaksanaan, kriteria pemilihan tapak, dan spesifikasi teknikal bagi projek rintis Intelligent Pole.

TCOMM membentangkan pelan projek dan menggariskan langkah-langkah seterusnya ke arah melaksanakan program rintis di lokasi-lokasi terpilih dalam Bandar Kuala Terengganu, menandakan satu lagi kemajuan penting dalam usaha pembangunan rangkaian Intelligent Pole di negeri Terengganu.