14 Okt 2025

Program TSCA 2025 Perkukuh Agenda Bandar Pintar Terengganu

Program TSCA 2025 Perkukuh Agenda Bandar Pintar Terengganu

Program Terengganu Smart City Activation Day 2025 (TSCA) telah berlangsung dengan jayanya, bertempat di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu. Program tahun ini menghimpunkan pelbagai inisiatif di bawah pelan induk Bandar Pintar Terengganu, melibatkan pelbagai pihak berkepentingan daripada agensi kerajaan, syarikat teknologi, dan komuniti setempat.

TCOMM memainkan peranan penting sebagai Agensi Sehenti (OSA) yang menyelaras pembangunan infrastruktur telekomunikasi bagi menyokong agenda Bandar Pintar. Program ini menggabungkan pelbagai demonstrasi teknologi pintar, termasuk rangkaian 5G, sistem pengawasan pintar, dan penyelesaian mobiliti digital.

Kejayaan program TSCA 2025 mencerminkan komitmen TCOMM dalam mendorong transformasi digital Terengganu melalui kerjasama strategik dan penyelesaian telekomunikasi terkini bagi manfaat seluruh rakyat negeri.